BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

para skOdeng

web analyzer

Wednesday, January 04, 2012

CeRiTa GiLaS (juz for fun)

      Di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kelihatan sebuah kapal terbang segera berlepas menuju ke destinasinya iaitu KRU Studios . Kapal terbang itu, ‘Air V.I.P bergerak meninggalkan landasan dengan gaya tersendiri .

      Pilotnya,Adam memandu pesawat itu dengan berhati-hati agar tidak melanggar burung-burung yang sedang berlenggang-lenggok di awan biru . Dia dibantu oleh pembantu peribadinya iaitu Beck . Beck sentiasa mengawal lubang hidungnya kerana takut akan mengembang dan mengecut disebabkan pangkatnya .
      Di bahagian penumpang pula kelihatan 3 orang pramugari iaitu Afiqah,Asilah dan Putri sedang membersih lantai pesawat yang tidak bersih-bersih walaupun habis tercabut semua bulu penyapu . Di bahagian kantin pula seorang lagi pramugari sedang mengira duit hasil jualan buah durian di dalam pesawat sebanyak hampir 100 ulas . Pramugari itu , Weeda , sedang tekun mengira duitnya tanpa menghiraukan seorang penumpang yang bernama Yandy yang sedang menjeling-jeling duitnya,lalu matanya menjadi juling akibat terlalu banyak makan ikan kering .
       Kembali ke bahagian tengah,seorang penumpang,Princess Shima, sedang bergurau senda di samping keluarga tercinta . Dia sedang khusyuk bermain masak-masak dengan Princess Allysa dan Tun Danial . Saya,salah seorang penumpang yang menyepi diri sedang membaca buku fizik yang bertajuk  “Cinderella” . Di sebelah saya, Eida , sedang gigih melakar peta dunia . Dia telah ber ‘Mimpi Moon’ berjumpa dengan Adam Af2 yang selama ini diminatinya .

      Tiba-tiba pesawat itu bergegar apabila bumbungnya ditembusi oleh seorang penumpang yang mempunyai ketinggian sama dengan KLCC iaitu Fadlan . Dia memandang kawasan sekeliling yang hanya berwarna biru dan putih . Dua orang kawan baik, Mariena dan Meera sedang asyik menonton rancangan TV kegemaran mereka iaitu Teletubies sambil menyanyikan lagunya , “Tinky-Winky , Dipsie,Lala,Poa,Teletubies,Teletubies,Teletubies,say hello,eooo !” Turut bersama mereka ialah Bytie dan Munirah yang turut meminati rancangan kegemaran ramai iaitu Power Rangers .

      Di bahagian kiri pesawat kelihatan seorang gadis bernama Zieha sedang termenung mengingatkan kekasihnya . “Opocot....” Zieha terperanjat cipan apabila Kan menggeletek ketiaknya yang smart . Kan ketawa terbahak-bahak sehingga hampir pecah perutnya kerana lawak antara zon yang dilakukannya menjadi .

     Suasana menjadi sunyi sepi apabila kedengaran lagu ‘Flying Without Wings’ yang dinyanyikan oleh seorang penumpang yang sengal,Nisa . 2 orang penumpang,Pija dan Marcy muntah dengan sengaja di tempat kejadian apabila mendengar nyanyian Nisa . Walau bagaimanapun mereka berjaya diselamatkan oleh doktor haiwan dari Thailand, Syaza . Dia menerima anugerah ‘Artis Baru Popular’ atas jasanya itu .

     Marlon tersenyum apabila namanya diumumkan sebagai penumpang paling senyap . Dia menerima hadiah berupa sebuah jam Nipon . Penginapan selama-lamanya di rumah sendiri dan dibenarkan makan nasi dengan tangan kanan .

     Di satu sudut,seorang manusia yang mempunyai 2 biji lubang hidung ‘rela’ menghafal lirik lagu kerana takut dimarahi oleh Edry . Manusia itu ialah Ry’an,budak paling ‘pocoh’ (POyo + keCOH) .
Di sebelah Ry’an pula Zared sedang gelojoh menikmati daily burger . Zared tercekik lalu menelan ubat batuk cap ibu dan anak yang dibeli di Pavillion . Seketika kemudian, kedengaran satu pengumuman dibuat, “Perhatian kepada semua penumpangAir V.I.P’,pesawat akan mendarat sebentar lagi,oleh itu semua penumpang diharap tidak terasa dengan apa yang terkandung dalam wasiat ini.” semua penumpang tersentak lalu melonjak keriangan . Rupanya mereka sudah sampai di KRU Studios . Yahoo (!) Adios .


P/S : cerita ini hanyalah rekaan semata-mata...Tiada kaitan antara hidup dan mati...juz 4 fun...kpd y nmenya ditulis...harap dimaafkan...n kpd sesiapa y nmenya x ditulis...sye mnx maaf...x semua nme sye ingat...nme2 didalam cerita ini terdiri dari ahli2 V.I.P iaitu Adam,Yandy,Ry’an,Marlon dan Fadlan...x lupa jugak ahli AVX serta fans2 V.I.P...bukan org luar...sekian...wassalam...

4 ulasan:

Eidassi D'soul said...

Gud! ahahaah..xley blah la..part yandy tu,,mata da juling..akibat byk mkn ikan kering..bhuhahaha! mmg the best laa! post la kt vip! ahaahah.. '' Air V.I.P '' ?? hahahahaah

misz aisyah said...

hax3...sbnr nak wat ikan masin...tp cm x kena jew....
tengz...
=)
eida la post kat v.i.p...
sye da bg link kat boy...ntah bce atau x...hehe

Anonymous said...

Hahha ngee :p

Iamyati Nurhayati said...

weuuuuu.. bestttt laa..

nk ckap tu je.. kbai :p

Post a Comment