BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

para skOdeng

web analyzer

Thursday, February 10, 2011

Dulu, kami adik beradik anak mat salleh

Petang semalam macamana entah umi pi bukak album lama dan suruh anak-anaknya tengok sekali.
Okay. Umi berjaya buat kitorang pecah perut dan keluar air mata sebab ketawa melampau. Seriously, memang lawak gila tengok muka kitorang mase kecik. Masa duk tergelak, kitorang imbau balik zaman dulu-dulu. Banyak perkara yang sebelum ni kitorang tak tahu atau lupa, kitorang tahu dan ingat balik. Ya. Ada dua tiga perkara yang menarik pasal kami adik-beradik masa kami muda-muda.

Fact #1
Kitorang dilahirkan sebagai bayi terlebih sihat. Keluar dari perut umi, sekor-sekor dah 3.6 hingga 4.2 kg. Owh! Sangat seksa umi nak bawak kami dalam perut ke hulu dan ke hilir kan? Umi cakap rahsia kami terlebih sihat sebab umi kena paksa dengan abah telan berguni pil vitamin. Sayangkan abah kat umi?? Hoho!

Fact #2
Walaupun kitorang berdarah 100% Melayu, kitorang dilahirkan dengan rambut kaler lain-lain dan kulit putih. My brother, in fact, di'nickname'kan sebagai Ah Chong masa kecik-kecik sebab kulit terlampau putih  n sebab muka dye cam chinese look. Sekarang tidak lagi. Kami dah jadi Melayu sejati. Tang rambut je ada problem sikit. erk. Side effect umi makan terlebih vitamin kot.

Fact #3
Owh! CiP FaRah sangat rugged!erk.. ker tomboy?
Bayangkan dengan rambut pendek kalah budak lelaki, pakai seluar jeans dan t-shirt yang di'tie-in'kan dan jalan terkangkang, makcik mane la yang nak ambil menantu.

Semuanya gara-gara abah yang mungkin nak anak lelaki tetapi dapat anak perempuan. Get it? =D

Tapi, CiP FaRah dah jadi perempuan sopan santun sekarang ni. Macik-macik jangan takut lagi nak ambil CiP FaRah sebagai menantu ye. haha

Fact#4
Kami dah pusing satu Malaysia when we still wearing our diapers.

Fact#5
Misz broke my bones masa umur tak sampai satu tahun. Yeah, thanks to CiP FaRah.
Mse standard 1 Misz pecah kepala. My brother said sampai nmpk otak. Sampai skunk bekas
jahitan di kepala still ada. Kena 2 jahitan.

But wait, CiP FaRah also broke her skull when she was 4. Kena 5-6 jahitan dan retakan pada bahagian depan tulang tengkorak still visible till now. Yeah, thanks to CiP FaRah sendiri..


Fact#6
Masa tido biasanya orang pakai pyjamas kan?
Tapi not for my brother. Tiap kali nak tido je mesti pakai baju Melayu. Kena sepasang pulak tu. Perangainye tu tak pernah berubah sampaila dah Darjah 6.

Fact#7
Masa kecik-kecik, CiP FaRah memang tak sentuh susu tepung. CiP FaRah hanya minum susu *herm* dada dan air masak sahaja.

Sampailah besar panjang macam ni pun susu tepung masih dielakkan. Hanya minum pasteurize milk untuk ganti susu dada. haha.
Memang CiP FaRah tak boleh terima susu tepung sebab ianya rasa ............................... lembu???

Fact#8
Dulu, ukur lilit pinggang abah 24inci. What the heck? CiP FaRah pun 25.
Haha. Tapi sekarang dah jadi 40inci.

Fact#9
aish! xlarat la.. banyak sangat...


Seriously, memang banyak sangat!

haha.

Sebenarnya banyak perkara yang kita lupa akan kita ingat balik bila tengok balik album lama.

Kita juga akan ingat bahawa kita pernah hidup dalam dunia kita sendiri, kita pernah gembira dan kita juga pernah sedih.

We, once, used to live in the most serene episode of our live but as we grow up we don't smile anymore.

Kita terlalu mengejar cita-cita di hadapan sampaikan kita lupa untuk hargai masa yang ada.
We forget to create those laughter again.

=)

Masa nak tutup cerita, umi cakap," Tula susah payah nak besarkan korang sampai macam ni."

Okay Umi Abah, Thanks a lot ya.
You know yourselves that we are not be able to repay it.
We have only love to give.
And we know, for you guys, it is already enough kan??

=D

Karutan dari CiP FaRah

-> s0ry 2 CipNursyfasyameenani kerana cerita anda sedikit <-

0 ulasan:

Post a Comment